Latest News

Stay updated with the latest developments and news

KOMUNITI ISRAEL YAKIN KAMALA HARRIS AKAN TUNAI JANJI

Gerakan advokasi yang menyokong polisi pro-Israel, Democratic Majority for Israel (DMFI) menyokong penuh pencalonan Timbalan Presiden, Kamala Harris untuk pilihan raya akan datang di negara itu.

Sokongan kuat terhadap Kamala Harris bermula apabila wanita itu dilantik sebagai timbalan presiden pada 2021 sehingga kini. Sejak dari itu, DMFI mengatakan Kamala Harris telah turut bersama dalam memimpin pimpinan paling pro-Israel dalam sejarah Amerika serta bersama-sama dengan Israel ketika berlakunya serangan ke atas negara haram itu dan rakyatnya.

"Hari ini, kami berbesar hati untuk menyokongnya dalam kempen pilihan raya. Kami yakin Kamala akan menunaikan janjinya kepada DMFI dan komuniti pro-Israel." ujar Presiden dan CEO DMFI, Mark Mellman.

Dalam sebuah rakaman untuk AJC Global Forum 2019, Kamala menyuarakan pendiriannya terhadap Israel:

"Israel adalah rakan sekutu yang kritikal bagi Amerika Syarikat. Saya berdiri bersama Israel kerana nilai kebersamaan yang dikongsi menjadi asas kepada penubuhan kedua-dua negara kita. Saya percaya hubungan antara rakyat Amerika Syarikat dan rakyat Israel tidak boleh digugat. Kita tidak boleh membiarkan sesiapa pun memecahbelahkan hubungan ini."

Timbalan Presiden AS itu juga berkali-kali menegaskan Israel berhak untuk mempertahankan diri dalam serangan yang berlaku sejak 7 Oktober dan pada 2019 dengan sokongan penuh terhadap pengukuhan keselamatan dan keupayaan Israel melawan pasukan mujahidin.

Kamala Harris dijangka akan bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis ini.

Sumber: Haaretz, Jewish Virtual Library, American Jewish Committee

Written by
Admin
Published on
July 23, 2024