LEBIH 6,000 PENEMPATAN HARAM ISRAEL DI TEBING BARAT
Sebuah gerakan advokasi Israel, Peace Now mendedahkan lebih 6,000 buah unit kediaman bakal diluluskan dan kemungkinan pembinaannya akan dipercepatkan di beberapa kawasan di Tebing Barat yang terjajah.
Menurut Peace Now, Jawatankuasa Tertinggi Perancangan Israel, perbincangan berkaitan perluasan penempatan dan pembinaan kediaman haram akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini dah esok. Keputusan itu akan dicapai melalui perbincangan tersebut.
"Tindakan kerajaan ini menunjukkan mereka langsung tidak ada usaha penyelesaian politik dengan Palestin. Sejak bermulanya perang, pihak kerajaan menumpukan usaha untuk membina dan membangun beberapa kawasan di Tebing Barat," ujar Peace Now melalui sebuah untaian di media sosial, X.
Tambahnya lagi, "Dengan pemindahan kuasa perancangan daripada pasukan tentera kepada seorang menteri, Bezalel Smotrich (Menteri Kewangan), ia hanya membawa bala kepada Israel dan rantau ini. Kerajaan ini tidak menerima sokongan awam dan ia harus ditumbangkan untuk menyelamatkan kita daripada sebarang kemusnahan dan peperangan yang berterusan."
Sumber: Al Jazeera