Tentera rejim Zionis telah menggugurkan lebih 85,000 tan bom di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023, melebihi jumlah bahan letupan yang digunakan dalam Perang Dunia II, kata Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Antarabangsa PBB untuk Mencegah Eksploitasi Alam Sekitar dalam Perang dan Konflik Bersenjata, organisasi itu menekankan bahawa serangan rejim Zionis yang berterusan ke atas Semenanjung Gaza telah membawa kepada kemusnahan kawasan tanah pertanian dan pencemaran tanah dengan bahan kimia toksik yang akan menghalang pertanian selama beberapa dekad.
Tentera rejim Zionis menggunakan pelbagai senjata terutamanya fosforus putih, yang telah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Serangan fosforus putih ini juga telah merosakkan komponen alam sekitar dengan teruk, menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan manusia dan hidupan liar.
Sumber: The Palestine Chronicles