Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis memberi amaran bahawa operasi pemindahan penduduk Palestin dalam kadar yang tinggi terus berlaku di Tebing Barat yang dijajah, dengan lebih 900 rakyat Palestin dipaksa meninggalkan kediaman mereka sejak awal tahun 2026.

Memetik kenyataan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata dalam satu sidang media bahawa pemindahan berterusan  yang tinggi sejak awal 2026, dengan lebih 900 rakyat Palestin dipaksa keluar dari rumah dan komuniti mereka. Pemindahan itu berlaku akibat keganasan pendatang haram Israel dan sekatan akses yang kemudiannya diikuti dengan perobohan.

“Angka ini adalah setakat semalam dan hanya dalam tempoh dua minggu, dari 20 Januari hingga Isnin lalu, OCHA telah mendokumentasikan lebih 50 serangan oleh pendatang haram Israel yang mengakibatkan korban jiwa, kerosakan harta benda atau kedua-duanya,” tambahnya.

Beliau menyatakan bahawa OCHA kini menjalankan penilaian awal terhadap tahap kerosakan dan keperluan susulan insiden-insiden ini. Dujarric turut menekankan keadaan kemanusiaan yang kritikal di semenanjung Gaza, dengan kehilangan nyawa yang berterusan.

“Sebagai peringatan, semua pihak mesti menunaikan kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam,” tambahnya.

Dujarric turut menekankan isu pemindahan perubatan dengan menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya telah menyokong pemindahan perubatan sekurang-kurangnya lapan pesakit dan 17 pengiring dari Gaza ke Mesir melalui Rafah. Sebelum ini, tujuh pesakit dan 14 pengiring turut dipindahkan.

Beliau menambah bahawa lebih 18,500 pesakit di Gaza masih memerlukan rawatan khusus yang tidak tersedia di Gaza, sambil mengulangi seruan agar kemasukan perubatan ke Tebing Barat, termasuk Baitul Maqdis Timur dibuka semula.

Sumber: Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
February 6, 2026