Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru, Donald Trump sekali lagi menegaskan bahawa tawanan Israel yang masih ditahan di Gaza mesti dibebaskan segera.

 

Ketika menghadiri Majlis Malam Tahun Baru di Kelab Mar-a-Lago di Florida, apabila ditanya mengenai kemungkinan gencatan senjata di Gaza, Trump berkata, "Kita akan lihat apa yang berlaku." 

Beliau menegaskan,

"Saya katakan begini: Mereka lebih baik bebaskan tawanan itu dengan segera."

Pada bulan lalu, Trump memberi amaran melalui hantaran di media sosialnya bahawa akan ada balasan yang berat jika tawanan di Gaza tidak dibebaskan sebelum beliau memegang jawatan pada 20 Januari 2025.

Hantarannya berbunyi begini:

"Mereka yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan lebih keras daripada sesiapa pun dalam garis masa sejarah yang panjang dan gemilang Amerika Syarikat. BEBASKAN TAWANAN SEKARANG!"

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
January 1, 2025