LEGASI GENOSID JOE BIDEN
Sebuah gerakan hak asasi kemanusiaan, US Campaign for Palestinian Rights Action (USCPR) telah melabel Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sebagai individu yang berulang kali memberi dana, menyediakan senjata dan menyokong tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) rejim Israel terhadap penduduk Palestin.
Tambah gerakan itu lagi melalui sebuah kenyataan di media sosial, X baru-baru ini:
"Ini bukan tentang kegagalannya di dalam debat tempoh hari yang menyebabkan dia tidak layak lagi untuk memimpin. Ia adalah kerana puluhan ribu bom yang dihantarnya untuk membunuh keluarga-keluarga Palestin."
"Tak satu perkara pun yang boleh menafikan bahawa legasi Presiden Biden adalah selamanya GENOSID."
Terdahulu, Biden mengaku bahawa dia adalah seorang Zionis melalui sebuah temu bual di dalam rancangan Late Night With Seth Meyers pada Februari. Menurutnya, tanpa kewujudan Israel, tiada seorang pun bangsa Yahudi di dunia akan selamat.
Sumber: AlJazeera, Anadolu Ajansi