Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pegawai Israel mengesahkan bahawa lintasan sempadan Jambatan Raja Hussein (Allenby) akan dibuka semula pada  Isnin, jam 10 pagi waktu tempatan (07:00 GMT) hanya untuk penumpang.

Jambatan Raja Hussein terletak di utara Laut Mati, di antara Amman dan Baitul Maqdis. Dua lintasan lain di antara wilayah haram Israel dan Jordan - di utara dan selatan - turut akan dibuka semula.

Namun, peluang itu hanya dibuka untuk penumpang sahaja, bukan trak kemanusiaan. Pengumuman ini dibuat selepas Kementerian Luar Jordan mengumumkan hasil siasatan awal mereka berkenaan insiden tembakan yang membunuh tiga warga haram Israel. Mereka juga mengesahkan identiti penembak sebagai Maher Ziab Hussein al-Jazi.

Sebagai rekod, Maher Ziab berusia 39 tahun dan merupakan penduduk di kawasan Husseiniya di selatan Ma'an, Jordan. Pelaku dilaporkan telah bertindak sendirian dan sebenarnya sedang memandu sebuah lori kargo dalam wilayah haram Israel, menyusuri sempadan Jordan.

Pihak Jordan kini sedang menyusun atur dengan pihak berkuasa haram Israel untuk membawa pulang jenazahnya ke Jordan bagi urusan pengebumian. Akibat daripada penutupan sempadan Israel-Jordan pada Ahad, ribuan penumpang Palestin terkandas.

Sumber: Al Jazeera, Reuters

Written by
Admin
Published on
September 9, 2024