KEMASKINI MISI FREEDOM FLOTILLA, KAPAL MADLEEN
Setakat 9 Jun 2025, 9.46 pagi waktu Malaysia
▪️Pada lewat Subuh tadi, jurnalis Palestin, Motaz Azaiza melaporkan kapal Madleen dikelilingi oleh bot-bot tentera penjajah Israel.
▪️12 orang sukarelawan Freedom Flotilla bersiap-siaga dengan jaket keselamatan sebagai persediaan daripada sebarang serangan rejim Israel di laut menghampiri semenanjung Gaza.
▪️Kira-kira jam 7 pagi, dua dron yang dikenali sebagai quadcopter berlegar di atas kapal Madleen.
▪️Dron Israel telah melancarkan semburan berwarna putih yang memedihkan mata. Pada masa yang sama, talian komunikasi terjejas menyebabkan krew di darat tidak dapat menghubungi pasukan Freedom Flotilla.
▪️Kedudukan kapal Madleen dilaporkan sejauh 100 kilometer dari Pelabuhan Said, Mesir.
▪️Kira-kira tujuh orang sukarelawan sah diculik oleh rejim Israel dalam serangan pagi ini.
Sama-sama kita doakan keselamatan mereka!
Sumber: Eye on Palestine, Al Jazeera