Doktor Palestin yang menghadiri majlis berbuka puasa di White House semalam keluar sebagai tanda protes terhadap dasar Pentadbiran Biden di Gaza.
AS mengadakan majlis berbuka tahunan yang terpaksa dikecilkan selepas majoriti pemimpin enggan hadir disebabkan sokongan Washington terhadap kempen pembunuhan beramai-ramai rejim Zionis di Gaza.
Dr Thaer Ahmad, yang telah menjadi sukarelawan di Gaza, memberitahu Presiden Joe Biden, Naib Presiden Kamala Harris dan hadirin yang hadir di majlis berbuka puasa itu bahawa, “Kami sedang bersedih. Hati kami hancur dengan apa yang berlaku sejak enam bulan lalu.”
“Kami tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku, tidak ada langkah konkrit oleh White House untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.”
“Untuk menghormati saudara-saudara saya yang telah menderita dan dibunuh, saya perlu keluar dari majlis ini. Saya mahu memberitahu mereka bagaimana perasaan seseorang yang ingin bersuara tetapi tidak didengari.”
Ahmad, satu-satunya warga Palestin-Amerika dalam majlis berbuka puasa itu menambah, “Tidak banyak respons daripada Biden.”Beliau menjelaskan bahawa penganut beragama Islam telah meminta supaya tiada makanan disediakan pada majlis berbuka puasa itu untuk menghormati mereka yang mengalami kebuluran di Gaza.
Sumber: Middle East Monitor