Menerusi sebuah tinjauan yang dijalankan oleh agensi berita Israel, Ma'an dan diterbitkan oleh Kan Radio, majoriti rakyat Israel dengan kadar 38% responden tidak pasti akan status Israel sudah kalah atau sebaliknya. Manakala 35% responden yang lain berpendapat Israel telah kalah dan 27% responden percaya Israel telah menang di dalam peperangan di Gaza.
Ketidakpastian ini juga mencerminkan jawapan di dalam kalangan pengundi parti gabungan dengan 47% responden mengatakan Israel telah muncul sebagai pemenang dan 48% yang lain - pembangkang - percaya negara itu telah kalah.
Tinjauan tersebut juga mendapati bahawa sebahagian besar rakyat Israel enggan tinggal di kawasan Semenanjung Gaza selepas perang berakhir. Difahamkan hanya 14% rakyat Israel bersedia untuk tinggal di bandar sekitar Gaza selepas perang dan 86% yang lain enggan berbuat demikian.
Sumber: Middle East Monitor