Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Penganalisis politik Israel, Ori Goldberg mengatakan bahawa walaupun serangan balas Iran terhadap Israel semakin berkurangan tetapi sokongan rakyat terhadap kerajaan Netanyahu kekal kukuh terutamanya dalam menghadapi konflik dengan Iran.


"Mungkin serangan peluru berpandu Iran kini berkurangan kerana keupayaan mereka telah dihadkan oleh Israel atau mungkin ini adalah perubahan dalam strategi Iran sendiri," katanya dari Tel Aviv.


Menurut Goldberg, tempoh rakyat perlu berlindung di tempat perlindungan semakin pendek kerana hanya sekitar 10 hingga 15 peluru berpandu yang menembusi wilayah haram itu sebelum pihak berkuasa membenarkan orang awam keluar dari tempat perlindungan.


Goldberg menjelaskan bahawa rakyat Israel, khususnya Yahudi-Israel masih berpegang kuat kepada naratif bahawa Iran adalah musuh utama yang mahu memusnahkan negara mereka.


"Sekurang-kurangnya satu generasi rakyat Israel – mungkin dua – dibesarkan dengan naratif bahawa Iran ialah musuh eksistensial, musuh yang mahu menghapuskan Israel," katanya.


"Majoriti rakyat Israel menyokong perang ini. Malah, ada yang menyokongnya dengan penuh semangat. Mereka melihat saat ini sebagai detik bersejarah untuk menghapuskan serangan Iran dengan kekuatan sendiri sekaligus berpotensi mengubah susunan serantau di Timur Tengah dan mendominasi rantau tersebut." tambah beliau lagi.


Namun, Goldberg turut mengatakan semakin ramai rakyat Israel mula menyedari bahawa serangan ke atas Iran kini mula menyerupai perang Israel ke atas Gaza terutamanya dari segi kekaburan matlamat dan jalan keluar.


"Israel nampaknya tidak tahu apa sebenarnya yang ingin dicapai. Serangan ini mengingatkan kita kepada perang di Gaza — tiada penamat dan jalan keluar yang jelas," katanya.



Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
June 19, 2025