Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Mesir bermula pada 9 November 2024. Lawatan rasmi tersebut atas jemputan oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya di Kaherah bagi mengukuhkan kerjasama serta menguatkan asas yang menjadi sinergi ke atas usaha-usaha meneliti pelbagai isu serantau dan global yang menjadi kepentingan bersama.

Selain itu, isu serantau di Timur Tengah turut dibincangkan. Malaysia dan Mesir bersepakat untuk mengambil langkah yang lebih tegas serta proaktif bagi memastikan keganasan di Palestin dihentikan.

Malaysia menyanjung tinggi usaha Mesir bersama Qatar dan Amerika Syarikat (AS) sebagai pengantara bagi menamatkan kezaliman rejim Zionis. Kedua-dua pimpinan tertinggi negara itu turut membincangkan keadaan yang semakin meruncing di Lubnan yang berkemungkinan boleh mencetuskan konflik yang lebih meluas di Asia Barat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Arab-Islam (Joint Arab-Islamic Summit) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini dan berharap persidangan tersebut dapat mencapai kata sepakat sesama Islam bagi menyelesaikan konflik di Gaza, Palestin.

Sumber: Harian Metro, Astro Awani, Malaysia Gazette, Bernama

Written by
Admin
Published on
November 11, 2024