Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi telah mengusulkan dua hari gencatan senjata di Gaza dengan jaminan pembebasan tawanan Israel dan tahanan Palestin. Usul tersebut merupakan sebahagian usaha ke arah gencatan senjata yang lebih lama di Gaza.

Sebagai rekod, inilah kali pertama Mesir masuk campur di dalam konflik Israel-Gaza dengan mengusulkan pelan gencatan senjata sejak 7 Oktober 2023.

Gencatan senjata yang diusulkan Al-Sisi melibatkan pertukaran empat tawanan Israel di Gaza dan beberapa orang tahanan Palestin sebelum diteruskan dengan rundingan selama 10 hari. Al-Sisi juga menekankan bantuan kemanusiaan ke Gaza di dalam usul tersebut.

Israel menjangkakan sekitar 101 rakyatnya masih ditawan HAMAS di Gaza dan ada kemungkinan ada diantara mereka yang sudah maut akibat serangan berterusan Israel di kawasan itu.

Berdasarkan usul yang dibentangkan di dalam sebuah temubual bersama Anadolu Agency di Cairo semalam, Al-Sisi tidak menjelaskan sama ada cadangan itu sudah dibentangkan kepada pihak Israel atau HAMAS. Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune yang turut hadir temubual itu menyuarakan sokongan kuat kepada inisiatif Mesir yang dilihat sebagai usaha mewujudkan keamanan di Gaza.

Kali terakhir pertukaran tahanan dilaksanakan adalah pada November 2023 dengan 105 tawanan Israel dan 240 tahanan Palestin dibebaskan. Kini sudah 11 bulan tiada usaha pertukaran tawanan dilaksanakan.

Sumber: MEMO, CBS News

Written by
Admin
Published on
October 28, 2024