Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Meta Mahu Tutup Kekejaman Zionis

Dalam pengumuman terbaharu, Meta Platforms memaklumkan usaha mereka dalam meningkatkan usaha pengesanan dan pemadaman perkongsian yang menyasarkan 'Zionis'.

Jelas Meta, terma tersebut sepatutnya merujuk secara khusus kepada penyokong gerakan politik, bukan untuk digunakan secara proksi yang merujuk kepada bangsa Yahudi atau Israel.

Meta nekad untuk memadam kandungan yang menyerang Zionis jika ia mengandungi unsur anti-semitik atau ancaman bahaya terhadap bangsa Yahudi atau penduduk Israel melalui ugutan atau keganasan.

Meta mendakwa dasar ucapan kebencian yang digariskan media sosial mereka melarang serangan langsung berdasarkan ciri-ciri yang dilindungi seperti bangsa, etnik, agama, kecacatan, dan jantina. Pun begitu, sangat ironi untuk Meta berkata sedemikian kerana mereka mengenakan penggunaan ketat terhadap orang Palestin yang menggunakan platform tersebut untuk mendedahkan jenayah Israel.

Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
July 10, 2024