Latest News

Stay updated with the latest developments and news

MICROSOFT TIBA-TIBA PADAM AKAUN PENDUDUK PALESTIN

"Kami cuma rakyat biasa yang tiada kaitan dengan politik dan cuma mahu memastikan keselamatan keluarga... tapi mereka putuskan hubungan saya dan keluarga," ujar Eiad Hametto, salah seorang pengguna Skype yang berkelahiran Palestin dan menetap di Arab Saudi.

BBC mendedahkan seramai 20 orang rakyat Palestin telah berdepan dengan krisis maya yang mana Microsoft telah menyekat atau menghentikan akaun mereka setelah mendapati mereka menggunakan Skype untuk menghubungi saudara di Gaza.

Seorang lagi mangsa Microsoft yang juga berkelahiran Palestin, Khalid Obaied turut menceritakan insiden yang sama, "Saya ada akaun Hotmail ini sudah 15 tahun! Tapi mereka menyekat saya tanpa sebab dan memaklumkan saya telah melanggar terma mereka. Terma apa?"

Ketika BBC mendapatkan maklum balas daripada Microsoft, ini jawapan syarikat teknologi gergasi itu, "Sekatan akaun Skype boleh berlaku sekiranya ada unsur aktiviti penipuan." Namun, Microsoft tidak mengulas panjang terhadap jawapan mudah itu.

Selain memiliki Skype, Microsoft juga memayungi beberapa produk lain seperti OneDrive, Hotmail, Outlook, Internet Explorer, Xbox dan banyak lagi.

Sumber: BBC, Windows Central

Written by
Admin
Published on
July 13, 2024