Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Pemimpin parti berhaluan kanan ekstrem Zehut, Moshe Feiglin dilaporkan menyeru supaya seluruh penduduk Palestin dipindahkan keluar dari semenanjung Gaza dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran Knesset Israel.

Semasa dalam sebuah temu bual dalam program First Vote, Feiglin berkata tiada rakyat Palestin sepatutnya kekal di Gaza dan mendakwa kebanyakan penduduk mahu meninggalkan wilayah itu, namun dihalang oleh prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa rejim Israel.


Ketika ditanya mengenai nasib penduduk yang enggan meninggalkan kediaman mereka, Feiglin dilaporkan berkata mereka perlu dipaksa keluar dengan apa jua cara.


Dia turut mencadangkan bekalan air diputuskan serta penduduk dibiarkan kebuluran, dengan mendakwa rakyat Gaza akhirnya akan keluar bagi mendapatkan sumber air, manakala mereka yang enggan meninggalkan kawasan itu patut mati kehausan.


Kenyataan itu dibuat ketika sesi temu bual bersama pengacara Eitan Neumann, yang mempersoalkan sama ada cadangan Feiglin tersebut boleh dianggap sebagai usaha penghapusan penduduk Gaza. 


Feiglin bagaimanapun mempertahankan pendiriannya dengan mendakwa bahawa rakyat Palestin tidak layak untuk mendapat hak asasi seperti rakyat lain kerana pemberian hak tersebut menjadi antara faktor yang membawa kepada peristiwa 7 Oktober 2023, selain menggesa dasar lebih keras perlu dikenakan terhadap mereka.


Feiglin merupakan bekas anggota parti Likud dan kini mengetuai parti Zehut. Dia menetap di penempatan haram Karnei Shomron di Tebing Barat yang diduduki dan sebelum ini berulang kali menggesa pemindahan rakyat Palestin dari tanah mereka serta menolak hak politik rakyat Palestin.


Sumber: The Palestine Chronicle

Written by
Admin
Published on
August 7, 2026