Latest News

Stay updated with the latest developments and news

"Mujahidin di Tebing Barat Mesti Ditentang Sama Seperti Di Gaza" - Smotrich

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich yang juga berkhidmat di Kementerian Pertahanan hari ini (semalam) menyatakan bahawa kumpulan mujahidin Palestin di Tebing Barat yang terjajah perlu diperangi sama seperti di Gaza.

Menurut Times of Israel, kenyataan Smotrich dibuat selepas insiden tembakan sporadik (tembakan yang tidak jelas) di kampung Tulkarm, Tebing Barat menyasarkan bandar Bat Hefer di wilayah Sharon tengah.

Identiti mereka yang bertanggungjawab melepaskan tembakan di Bat Hefer masih tidak diketahui dan tuduhan oleh pakar politik Israel bahawa rakyat Palestin yang terlibat tidak boleh dibuktikan secara bebas.

“Kita tidak boleh membenarkan mereka lakukan perkara yang sama di Sharon seperti yang mereka lakukan pada 7 Oktober berhampiran sempadan Gaza,” tulis Smotrich di platform X. "Keganasan perlu dibanteras di mana-mana, walaupun ia akan menjadikan Tulkarm seperti Gaza hari ini", tambahnya.

Smotrich turut menambah bahawa negara Palestin pada masa hadapan akan menjadi ancaman kepada negara (haram) Israel.

Menteri sayap kanan itu juga menyatakan bahawa dia telah berhubung dengan Pengerusi Majlis Wilayah Emek Hefer, Galit Shaul dan bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam beberapa hari akan datang bersama pegawai yang lain bagi menangani keperluan segera yang timbul daripada peningkatan ancaman terhadap penduduk.

Sumber: Middle East Monitor (29 Mei 2024)

Written by
Admin
Published on
May 29, 2024