Musa Abu Marzouq: Perjanjian Beijing Detik Bersejarah, Kami Berdoa Agar Dapat Melaksanakannya
Ketua Pejabat Hubungan Antarabangsa dalam Gerakan HAMAS, Dr. Musa Abu Marzouq menegaskan bahawa Taufan Al-Aqsa telah mengubah banyak perkara di peringkat negara, serantau mahupun antarabangsa. Ia turut memberikan kesan yang jelas dalam memperjuangkan hak kami.
Dalam majlis menandatangani Deklarasi Beijing pada hari Selasa, Dr. Musa Abu Marzouq berkata, “Ini adalah detik bersejarah dan kami berdoa agar dapat melaksanakan apa yang telah ditandatangani dan tidak menjadi seperti perjanjian sebelum ini. Kami berada di detik bersejarah atas usaha perjuangan rakyat kami dan kami sampaikan penghormatan kepada mereka.”
Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin berjaya menggagalkan rancangan untuk melumpuhkan perjuangan, walaupun dengan segala kesakitan. Mereka juga menggagalkan rancangan pengusiran rakyat Palestin oleh rejim Israel. Rakyat tetap teguh di tanah mereka. Beliau juga menambah, “Kami akan terus berazam untuk membebaskan tanah kami dan membawa pulang rakyat kami.”
Beliau berkata lagi, “Palestin dan isunya kini berada di mahkamah antarabangsa, hasil daripada perjuangan dan pengorbanan rakyat kami. Kami bergerak di setiap peringkat untuk melindungi rakyat dengan menghentikan serangan ke atas mereka. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan serangan.”
Dr. Musa Abu Marzouq turut mengucapkan terima kasih kepada usaha China dan semua yang berdiri bersama mereka dengan pengorbanan iaitu dari Hezbollah, Yaman, Iraq, Iran, Qatar, Turki, dan Mesir.
Sumber: Telegram H****S