Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencetuskan kemarahan dunia Arab selepas mencadangkan agar negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi dengan alasan bahawa negara itu mempunyai banyak tanah.

Cadangan tersebut mendapat kecaman daripada Arab Saudi yang menuduh Netanyahu cuba mengalihkan perhatian daripada jenayah perang dan pembersihan etnik yang sedang dilakukan Israel di Gaza.

Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Jasem Mohamed Albudaiwi menegaskan,

“Kenyataan yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab ini mencerminkan keangkuhan rejim penjajah Israel yang tidak menghormati undang-undang serta perjanjian antarabangsa, malah mencabuli kedaulatan negara-negara lain.”

Mesir dan Jordan turut mengutuk cadangan Netanyahu, dengan Kaherah menyifatkannya sebagai satu pencabulan terhadap kedaulatan Arab Saudi. Manakala, Qatar pula mengecam kenyataan itu sebagai provokatif.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Jordan, Sufian al-Qudah menegaskan bahawa penguasaan berterusan Israel di wilayah Palestin adalah punca utama konflik di rantau ini, selain menyelar tindakan Israel yang terus mencabuli kedaulatan negara lain serta melanggar undang-undang antarabangsa.

Sumber: Al Jazeera, The Times of Israel, Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
February 10, 2025