Netanyahu Bubar Kabinet Perang Israel
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan pembubaran kabinet perang dalam sebuah pertemuan dengan kabinet keselamatan politik pada hari ini.
Keputusan yang diumumkan itu merupakan susulan daripada perletakan jawatan dua individu penting di dalam Knesset, Benny Gantz dan Gadi Eisenkot.
“Kabinet itu ditubuhkan atas dasar koalisi bersama Benny Gantz selaku ahli Knesset. Jadi, tiada lagi keperluan untuk kabinet itu,” jelasnya dalam pengumuman tersebut.
Ahli gabungan Netanyahu yang berhaluan kanan telah mendesak agar kabinet perang baru ditubuhkan selepas Benny Gantz keluar dari kerajaan darurat.
Menteri Kewangan daripada Parti Nasionalis-Agama, Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menuntut Israel meneruskan pengeboman ke atas Gaza walaupun menerima desakan dari pihak sekutu termasuk Amerika Syarikat (AS) untuk menubuhkan kabinet perang baharu. Difahamkan desakan tersebut menggesa kabinet baharu ditubuhkan dengan pemimpin parti gabungan sebagai ahlinya.
Pun begitu, Netanyahu menegaskan tidak akan ada kabinet baharu diwujudkan. Dijangkakan pertemuan rapat di dalam forum terhad akan diadakan dalam masa terdekat.
Sumber: Al Jazeera, The Jerusalem Post, The Spectator Index