Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Menerusi sebuah rencana khas di dalam akhbar Israel, Haaretz Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan rejim Zionis telah dituduh sebagai dalang operasi pembersihan etnik di wilayah utara Gaza.

Rencana khas yang diterbitkan pada Ahad itu memetik pemerhatian seorang jurnalis Haaretz, Yaniv Kubovichi yang bertanggungjawab membuat liputan tentera Israel di utara Gaza:

"Kawasan itu kelihatan seperti dilanda bencana alam."

Haaretz menyokong dakwaan Kubovichi dengan kenyataan,

"Apa yang dilihat oleh Kubovich, bukanlah bencana alam sebaliknya tindakan kemusnahan manusia yang telah dirancang."

Dalam sebuah temu bual, Brigedier Jeneral Itzik Cohen mengulas,

“Tugas saya adalah untuk menubuhkan ruang kosong. Kami memindahkan penduduk untuk perlindungan terhadapnya, untuk mewujudkan kebebasan pasukan kami dalam tindakan... Tiada niat untuk membenarkan penduduk di utara Semenanjung Gaza pulang ke rumah mereka."

Berdasarkan laporan yang sama:

“Pegawai itu ditanya sama ada rejim Zionis sedang melaksanakan 'Pelan Jeneral' yang diusulkan oleh mantan Mejar Jeneral, Giora Eiland dan beberapa rakan komandernya yang bersara untuk mengusir rakyat Palestin dari wilayah utara Gaza atau sebaliknya."

Namun, Cohen menafikan sebarang arahan sedemikian. Cohen menjelaskan bahawa tentera Zionis bertindak atas arahan pasukan tentera Israel di selatan Semenanjung Gaza dan ketua pegawai.

Rencana khas itu turut memuatkan bahawa Eiland mungkin telah menjual idea-idea ini kepada umum, tetapi pembersihan etnik di utara Gaza dilakukan oleh IDF di bawah arahan komander yang berada di bawah arahan pemimpin politik: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Disebabkan itu juga, rencana khas tersebut menegaskan bahawa daripada bercakap tentang Rancangan Jeneral, kita sepatutnya bercakap tentang 'Perintah Netanyahu'.

Haaretz menutup rencana khas itu dengan sebuah kenyataan:

“Dia adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab atas jenayah perang yang dilakukan IDF di wilayah utara Gaza: pengusiran rakyat Palestin, pemusnahan rumah mereka; persiapan untuk penjajahan jangka masa panjang dan penubuhan penempatan Yahudi."

Sumber: Haaretz

Written by
Admin
Published on
November 11, 2024