Latest News

Stay updated with the latest developments and news

"Peperangan di Gaza akan diteruskan walaupun perjanjian gencatan senjata dengan Ham*s telah dipersetujui," ujar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam sebuah temubual bersama media Israel, Siaran 14.

Kenyataan Netanyahu yang terkini jelas bertentangan dengan jaminan oleh Amerika Syarikat (AS) bahawa draf gencatan senjata dari pihak Israel akan menamatkan perang di Gaza.

Pun begitu, Netanyahu menjelaskan dia terbuka untuk menerima sebahagian daripada perjanjian yang melibatkan kepulangan tawanan Israel di Gaza.

"Objektif perang ini adalah untuk mengembalikan tawanan dan menghapuskan Ham*s di Gaza," ujarnya lagi.

"Fasa sengit menentang Ham*s di Rafah sudah berada di penghujungnya. Tapi itu bukan pengakhiran perang di sana."

Sumber: AlJazeera

Written by
Admin
Published on
June 24, 2024