Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Benjamin Netanyahu menggesa pasukan pengaman PBB (UNIFIL) untuk berundur segera dari selatan Lubnan.

Netanyahu menggesa Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk mengeluarkan tentera UNIFIL dari kawasan yang disifatkannya sebagai kubu kuat Hizbullah dan zon tempur dengan alasan untuk mengelakkan mereka berada dalam keadaan bahaya.

Netanyahu berkata bahawa tentera rejim Zionis telah berulang kali meminta pengunduran UNIFIL, tetapi permintaan itu telah ditolak. Mereka mendakwa UNIFIL dijadikan sebagai 'human shield' untuk melindungi pejuang Hizbullah.

Tanpa segan silu, Benjamin Netanyahu menyatakan kekesalan ke atas kecederaan kakitangan UNIFIL dan menegaskan bahawa Israel sedang berusaha untuk mencegah kejadian tersebut.

“Kami kesal kerana mencederakan askar UNIFIL dan kami akan melakukan segala-galanya untuk mengelakkan kecederaan ini daripada berlaku lagi,” kata Netanyahu.

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati bagaimanapun menolak gesaan Netanyahu, menegaskan komitmen Lubnan terhadap Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 dan peranan UNIFIL di selatan Lubnan.

Mikati menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil pendirian tegas menentang pencerobohan berterusan Israel, menegaskan bahawa tuntutan Netanyahu untuk menghapuskan UNIFIL adalah satu lagi contoh kegagalan Israel untuk mematuhi legitimasi antarabangsa.

Sumber: The Palestine Chronicles

Written by
Admin
Published on
October 14, 2024