Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Benjamin Netanyahu berharap dapat mencapai perjanjian damai dengan lebih banyak negara Arab sebaik sahaja perang melawan HAMAS dan Hizbullah selesai.

"Saya bercita-cita untuk meneruskan proses yang saya sudah rancang beberapa tahun lalu mengenai pemeteraian Perjanjian Abraham dan mencapai keamanan dengan lebih banyak negara Arab," katanya.

Negara haram Israel, di bawah perjanjian 2020 yang diuruskan oleh A.S, menormalisasikan hubungan dengan empat negara Arab - Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Maghribi dan Sudan.

Sejak itu, Israel, dengan sokongan A.S, telah berusaha untuk turut menormalisasikan hubungan dengan negara lain, khususnya Arab Saudi. Arab Saudi menegaskan bahawa mereka tidak akan mengiktiraf Israel jika tidak mewujudkan negara Palestin yang bebas.

Sumber: Reuters, Middle East Monitor

Terj: Cinta Gaza Malaysia

Written by
Admin
Published on
October 30, 2024