Bercakap dalam pesawat Air Force One, Presiden AS, Donald Trump menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan segera melawat Washington bagi mengadakan rundingan mengenai situasi kritikal di Gaza.
“Saya bercakap dengannya hari ini, malah saya rasa dia akan datang ke negara kita dalam masa terdekat, mungkin minggu depan,”
kata Trump kepada wartawan.
“Kami akan cuba menyelesaikan masalah Gaza, ia telah menjadi masalah besar selama berdekad-dekad. Jika anda perhatikan, tawanan mula dibebaskan sekarang , dan itu hanya berlaku sejak saya terlibat. Saya ingin mendapatkan sebanyak mungkin tawanan.”
Trump turut menggambarkan Gaza sebagai sesuatu yang 'sangat penting'.
“Ia telah dikepung selama bertahun-tahun. Ini satu perkara yang menyedihkan. Ramai orang mati di Gaza. Banyak perkara buruk berlaku di sana. Kita akan lihat apa yang boleh dilakukan mengenainya.”
Sumber: Al Jazeera