Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Laporan dari agensi berita Israel, YNet News melaporkan bahawa peguam kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuat permohonan kepada Mahkamah Daerah Baitul Maqdis untuk menunda kesaksiannya dalam perbicaraan rasuah selama dua bulan setengah dengan alasan perang Israel ke atas Gaza dan serangan ke atas Lubnan.

Netanyahu yang didakwa atas tuduhan menipu, rasuah dan langgar amanah dalam tiga kes yang difailkan pada 2019 sepatutnya memberi keterangan di mahkamah pada 2 Disember ini.

Media Ibrani, melalui The Times of Israel melaporkan bahawa peguam-peguam Netanyahu mendakwa mustahil untuk dia mempersiapkan keterangannya disebabkan keperluan keselamatan atau diplomatik yang mendesak berikutan perang berterusan di Israel.

Netanyahu berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan/atau denda jika didapati bersalah atas tuduhan rasuah.

Perdana Menteri Israel ini turut dituduh cuba mengelak daripada masalah undang-undang, termasuk rancangan reformasi kehakiman hingga mencetuskan protes besar-besaran.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
November 11, 2024