Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa perjanjian sempadan 1974 yang berusia 50 tahun di antara wilayah haram Israel dan Syria telah batal dan mengerahkan tentera Israel untuk mendapatkan zon penampan di Bukit Golan.
Kami bertindak awal, terutamanya untuk melindungi sempadan kami. Kawasan ini telah dikawal hampir 50 tahun oleh zon penampan yang dipersetujui dalam Perjanjian Pemisahan Kuasa 1974. Perjanjian ini terbatal, tentera Syria (rejim Assad) telah meninggalkan kedudukan mereka.
Dia turut menambah:
Semalam, saya mengarahkan IDF untuk menguasai zon penampan dan kedudukan strategik yang berdekatan. Kami tidak akan membenarkan mana-mana pihak musuh menempatkan diri mereka di sempadan kami bagi memastikan keselamatan komuniti Bukit Golan dan warga Israel.
Jelas Netanyahu lagi, ratusan anak Syria dilahirkan di Israel dan lantaran daripada itu, dia tidak teragak-agak untuk menawarkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Syria. Malah, Netanyahu turut mahu mencapai keamanan bersama masyarakat Druze, Kurds, Kristian dan Islam di Syria.
Sumber: France 24, The New Arab