Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Dalam perkembangan terkini, Israel dimaklumkan telah menerima makluman daripada pegawai kanan undang-undang bahawa pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa orang pegawai Israel, termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Keputusan yang diambil ICC adalah berdasarkan siasatan semasa terhadap tindakan Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Selain Netanyahu, siasatan ini boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan untuk Menteri Pertahanan, Yoav Gallant dan Ketua Pegawai, Herzi Halevi.⁠

Menurut akhbar tempatan, Israel Maariv, Netanyahu mengalami ketakutan dan tekanan yang luar biasa susulan daripada makluman itu.

Pada Jumaat yang lalu, Netanyahu telah menyiarkan di X bahawa tiada ancaman dibenarkan di bawah kepimpinannya: "Israel tidak akan sesekali menerima sebarang percubaan ICC untuk melemahkan haknya dalam mempertahankan diri".⁠

Kes yang disiasat ICC adalah berasingan daripada beberapa kes yang sedang dijalankan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), termasuk yang diusulkan oleh Afrika Selatan bahawa Israel melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai ke atas Gaza.⁠

ICJ diwujudkan untuk menyelesaikan konflik antara negera, manakala ICC diwujudkan untuk mendakwa individu yang mempunyai kes jenayah.⁠

Sumber: AlJazeera, Siaran 12

Written by
Admin
Published on
April 29, 2024