Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Netanyahu Sudah Tidak Sehaluan Dengan Ketenteraan Israel

Penganalisis politik dari Amerika Syarikat (AS), Omar Baddar mendedahkan tiada perkembangan besar dari pihak Israel selepas pengumuman berkaitan dengan rundingan gencatan senjata bersama HAMAS telah dibuat.

Menurut Baddar lagi, walaupun AS mempunyai pengaruh besar ke atas Israel, mereka tetap mendakwa HAMAS menghalang perjanjian gencatan senjata dapat diteruskan. Manakala Netanyahu secara terbuka menegaskan bahawa dia tidak bersetuju dengan mana-mana perjanjian yang menamatkan perang.

Dua minggu yang lalu, Netanyahu mengecam pelan gencatan senjata sementara yang diusulkan pasukan tentera Israel demi memastikan bantuan kemanusiaan boleh dilaksanakan dengan lancar.

"Keadaan ini menunjukkan perpecahan yang sangat serius diantara tentera Israel kerana mereka menyedari bahawa tiada jalan yang lebih baik untuk masa depan Israel. Dengan semua kekacauan ini sudah tiba masanya untuk perang ini ditamatkan. Namun pemimpinnya langsung tidak berminat untuk bertindak sedemikian," ujar Baddar.

Sumber: Al Jazeera, Financial Times

Written by
Admin
Published on
July 4, 2024