Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Parti ultra-ortodoks yang juga sebahagian koalisi kerajaan Israel, United Torah Judaism mengugut Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dengan menyatakan keinginan untuk keluar dari kabinet semasa bagi menyokong gerakan pembangkang yang akan membubarkan parlimen pada minggu depan.

Bagaimanapun, sekiranya rang undang-undang yang membolehkan pengecualian penglibatan lelaki ultra-ortodoks dari latihan ketenteraan Israel diluluskan, United Torah Judaism akan terus mendukung Netanyahu.

Koalisi Netanyahu yang membentuk Knesset pada hari ini memegang 19 daripada 68 kerusi, cukup untuk menggulingkan pemerintahan semasa Israel.

Parti pembangkang, Yesh Atid yang dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Israel, Yair Lapid memerlukan sokongan 61 ahli daripada 120 ahli parlimen.

"Knesset sudah tamat. Ia tidak boleh pergi mana," ujarnya.

Bagaimanapun, sehingga kini Netanyahu masih mendiamkan diri di tengah kekalutan politik Israel.

Sumber: Haaretz, Reuters

Written by
Admin
Published on
June 6, 2025