Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan sekatan ke atas kemasukan seluruh bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Ahad susulan daripada tamatnya gencatan fasa pertama dan menuduh HAMAS enggan menerima usul daripada utusan Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff.

Israel mahu memberi tekanan kepada HAMAS bagi memaksa gerakan tersebut memenuhi tuntutan Israel berhubung lanjutan perjanjian gencatan senjata.

Israel menyatakan bahawa mereka mahu melanjutkan fasa pertama untuk membebaskan sebanyak mungkin tawanan, tanpa perlu berkomitmen kepada fasa kedua perjanjian tersebut, yang akan membawa kepada berakhirnya perang.

Netanyahu turut mengatakan bahawa tuntutan HAMAS dan visi mereka untuk menamatkan perang adalah "tidak realistik" serta tidak selari dengan kehendak Israel.

Kenyataan Netanyahu telah menarik perhatian beberapa negara Arab dan HAMAS telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengecam tindakan kerajaan Israel.

Pada masa yang sama, rejim Israel turut melancarkan serangan udara ke atas Gaza, menyebabkan empat orang syahid dan enam yang lain tercedera. Angka ini menjadikan jumlah kesyahidan di Gaza sejak gencatan senjata fasa pertama berkuat kuasa pada 19 Januari meningkat kepada 116 orang dan lebih 490 yang lain cedera.

Sumber: Al Jazeera, Quds News Network

Written by
Admin
Published on
March 3, 2025