Arab Saudi bersedia untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel, serta menarik semula permintaan pengiktirafan negara Palestin sebagai syarat untuk menamatkan genosid dan penubuhan semula ekosistem di Gaza.
Persetujuan Arab Saudi terhadap jaminan Israel untuk pembebasan Palestin dengan menarik semula tuntutan pengiktirafan penuh negara Palestin jelas berbeza dengan pendirian negara itu pada awal tahun ini.
Pada Februari 2024, Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan menegaskan tuntutan penubuhan negara Palestin yang berdaulat adalah antara syarat yang perlu dipenuhi Israel sebelum usaha normalisasi diteruskan.
Di dalam rundingan normalisasi itu juga Arab Saudi berusaha untuk memastikan peranannya di Gaza pasca perang kelak. Mereka percaya melalui normalisasi itu, lebih mudah gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Gaza dapat direalisasikan.
Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebelum ini mengaku tidak mengambil berat terhadap isu Palestin tetapi lihat kerjasama dengan Israel sebagai sentimen politik dan agama yang perlu diteruskan.
Sekiranya Arab Saudi nekad untuk meneruskan normalisasi itu, maka negara ini akan menyertai negara Arab lain - Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Morocco - yang sekian lama memiliki hubungan diplomatik dengan Israel seawal 1979.
Sumber: Quds News Network, Anadolu Ajansi, Haaretz