Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Mahkamah Majistret Ramallah di Tebing Barat telah mengarahkan penutupan beberapa laman web Al Jazeera selama empat bulan. Arahan tersebut susulan daripada sekatan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) ke atas Al Jazeera.

Pejabat Peguam Negara Palestin menuntut Kementerian Perhubungan Palestin untuk mematuhi keputusan mahkamah dengan menutup aljazeera.net, aljazeera.net/live, aljazeera360.com dan global.ajplus.net di Tebing Barat.

Menurut dokumen itu, laman web Al Jazeera telah menerbitkan bahan bacaan yang berbaur ancaman terhadap keselamatan negara dan pelakuan jenayah.

Tindakan terbaharu itu dibuat selepas PA menutup pejabat Al Jazeera di Tebing Barat pada minggu lalu.

Menurut penganalisis dan aktivis hak asasi manusia, arahan itu merupakan salah satu cubaan untuk menutup kritikan terhadap operasi keselamatannya di kem pelarian Jenin.

Penutupan laman web dan siaran Al Jazeera telah berlaku hampir sebulan selepas PA melancarkan tindakan keras terhadap Briged Jenin.

Sejak awal Disember, PA telah mengepung kem Jenin dan memutuskan bekalan air dan elektrik kepada kebanyakan penduduk yang kononnya untuk mengembalikan undang-undang dan ketenteraman di seluruh Tebing Barat.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
January 7, 2025