Ketika sedang bertugas di Hospital Nasser, seorang pakar kanak-kanak, Dr. Alaa al-Najjar menerima berita yang sangat mendukacitakan apabila mendapati sembilan anaknya terbunuh akibat serangan udara Israel ke atas rumahnya di Khan Yunis.Beliau dan suaminya, Dr. Hamdi Al-Najjar, kedua-duanya doktor baru sahaja keluar sebentar dari rumah.
Dr Hamdi sempat pulang beberapa minit sebelum peluru berpandu Israel menghentam kediaman mereka. Sembilan daripada sepuluh anak mereka terbunuh serta-merta. Anak-anak mereka yang terkorban ialah: Yahya, Rakan, Raslan, Gubran, Eve, Revan, Sadin, Luqman, dan Sidra. Hanya Adam, anak bongsu, terselamat namun mengalami kecederaan.
Dr. Hamdi kini berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.Dr. Alaa kini tinggal bersama seorang anak yang cedera, dan kenangan sebuah keluarga yang musnah dalam sekelip mata.Menurut Dr. Suheir Al-Najjar, anak saudara kepada Dr. Hamdi yang juga seorang doktor, tentera Israel mula-mula menembak peluru yang tidak meletup.
Beberapa minit kemudian, serangan kedua yang membawa maut menyusul, menghancurkan rumah itu tanpa sebarang amaran.“Mereka tahu,” katanya sambil menahan tangis dalam wawancara bersama Anadolu. “Mereka tahu di dalam rumah itu ada sepuluh anak dan dua orang doktor. Mereka tahu, tapi tetap lakukan juga.”
Sumber: Quds News Network, Wafa Agency