Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Palestin telah mengemukakan resolusi pertama kepada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Selasa demi menuntut pengunduran dan penamatan penjajahan Israel di wilayah terjajah Palestin dalam tempoh 12 bulan.

Tindakan yang bersifat tuntutan hak yang sepatutnya itu dibuat selepas UNGA memberikan mandat kepada Palestin untuk menyertai mesyuarat UNGA pada Ahad. Difahamkan resolusi itu juga selari dengan kenyataan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan tindakan Israel di Gaza pada Mei lalu.

Presiden Perhimpunan Agung PBB, Philemon Yang mengulangi kenyataan ICJ mengenai tindakan Israel di wilayah Palestin, termasuk Baitul Maqdis Timur yang berbunyi:

Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan mempunyai tanggungjawab untuk mengambil langkah untuk menamatkan pencerobohan tentera Israel. Adalah menjadi tugas kita bersama sebagai wakil masyarakat antarabangsa untuk memastikan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang diutamakan.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour menekankan kepentingan undang-undang dalam melindungi mereka yang ditindas dan sekiranya ia gagal dilaksanakan, bermakna ada cara untuk menghukum, menghentikan demi keadilan. Mansour juga berkata:

Palestin adalah sebahagian penting dalam sejarah dunia, begitu juga rakyat Palestin adalah sebahagian daripada umat manusia. Baik negara kami, mahupun rakyat kami tidak akan dihapuskan. Tetapi itu bukan alasan untuk kami mengabaikan ancaman yang mereka sedang hadapi.

Rakyat Palestin mahu hidup, bukan hanya bertahan. Ketika ini, di syurga sedang penuh dengan kanak-kanak yang nyawanya telah diambil terlalu cepat, dengan cara yang paling kejam. Pada masa yang sama, di dunia nyata ini pula dipenuhi dengan kanak-kanak yang sedang menderita akibat kecederaan, kelumpuhan, kehilangan keluarga (yatim piatu) dan trauma.

Sumber: Anadolu Ajansi, WAFA

Written by
Admin
Published on
September 18, 2024