Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Palestin akhirnya mencipta sejarah baharu apabila buat pertama kali mendapat tempat di dalam mesyuarat pertama Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-79 pada 10 September 2024.

Ketika mesyuarat itu, Pemerhati Tetap Palestin di PBB, Riyad Mansour dilihat duduk di meja berlabel "Negara Palestin"; di antara Sri Lanka dan Sudan. Tempat duduk itu telah diluluskan oleh Presiden UNGA, Philemon Yang.Pada masa yang sama, duta Mesir di PBB, Osama Mahmoud Abdelkhalek Mahmoud meraikan kehadiran Palestin di dalam mesyuarat itu:

"Keputusan ini bukan sekadar hanya sebuah prosedur. Ini adalah detik bersejarah bagi orang Arab."

Bagaimanapun, duta negara haram Israel, Jonathan Miller mengutuk sekeras-kerasnya keputusan PBB yang dilihat akan menambahbaik status rakyat Palestin di PBB.

"Sebarang keputusan atau tindakan yang meningkatkan status rakyat Palestin, sama ada dalam Perhimpunan Agung PBB atau secara dua hala, pada masa ini adalah sebuah ganjaran untuk pengganas. Khususnya, HAMAS."

Sebagai rekod, keputusan untuk melibatkan Palestin di dalam UNGA adalah hasil daripada undian yang dilaksanakan secara menyeluruh pada Mei lalu.

Sumber: The Cradle

Written by
Admin
Published on
September 13, 2024