Awal pagi tadi, bunyi senjata berat dan dron kedengaran jelas di udara, mengelilingi Deir el-Balah dan kem pelarian Nuseirat.
Senjata dan dron tersebut bertujuan untuk memberi perlindungan kepada kereta kebal dan kenderaan perisai Zionis yang sedang berundur dari kawasan yang dicerobohi dalam tempoh 24 jam lalu.
Apabila siang menjelma, ramai penduduk yang berpindah kembali ke kem pelarian Nuseirat untuk memeriksa ahli keluarga mereka yang masih berada di dalam kawasan tersebut. Namun, ramai penduduk terkejut apabila mendapati ahli keluarga mereka tidak dapat keluar kerana dron quadcopter terus-menerus melepaskan tembakan ke arah mereka.
Terdapat rakaman ambulans dihalang daripada sampai kepada mangsa yang cedera di jalanan, ada beberapa mangsa dibiarkan semalaman.
Petugas paramedik dan penyelamat memberitahu ramai penduduk terbunuh di dalam rumah mahupun semasa mereka cuba keluar dari bangunan kediaman menuju ke jalanan. Kini, mereka sedang mengumpulkan mayat yang masih bergelimpangan di jalanan.
Sumber: Al Jazeera