Menurut Ketua Bantuan PBB, Tom Flecther bahawa lebih 17,000 kanak-kanak kini hidup tanpa keluarga di Gaza.
"Ada bayi yang meninggal dunia sebelum menghembuskan nafas pertama. Dianggarkan 150,000 wanita hamil dan ibu baru sangat memerlukan perkhidmatan kesihatan,” sambungnya.
"Menurut UNICEF, sejuta kanak-kanak memerlukan kesihatan mental dan sokongan psikososial untuk kemurungan, kebimbangan dan pemikiran untuk membunuh diri."
"Satu generasi telah trauma."
Beliau juga menegaskan bahawa kanak-kanak telah kehilangan sekolah dan pendidikan mereka.
"Mereka yang menghidap penyakit kronik telah bergelut untuk mendapatkan akses bantuan yang mereka perlukan, ramai yang tidak dapat berbuat demikian," katanya.
Sumber: The Palestine Chronicles, PBB