Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Volker Türk, menggesa negara-negara yang menyertai sidang berkaitan penubuhan negara Palestin di New York supaya meningkatkan tekanan terhadap Israel bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Beliau turut memberi amaran bahawa kegagalan untuk bertindak tegas boleh menyebabkan sesebuah negara dianggap bersubahat dalam jenayah antarabangsa yang sedang berlaku di wilayah terbabit.


“Setiap hari, kita menyaksikan tragedi yang amat memilukan di Gaza dan Tebing Barat,” kata Türk dalam satu kenyataan video.


“Saya menggesa semua kerajaan supaya menggunakan peluang semasa sidang ini untuk mengambil tindakan konkrit yang boleh memberi tekanan maksimum kepada kerajaan Israel bagi menamatkan kekejaman di Gaza secara menyeluruh,” ujarnya.


“Negara-negara yang gagal menggunakan pengaruh mereka mungkin dianggap bersubahat dalam jenayah antarabangsa,” tambah beliau lagi.


Sidang berkaitan usaha penubuhan negara Palestin yang dipengerusikan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi dijadual berlangsung di New York bermula Isnin hingga Rabu ini. Bertempat di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Persidangan ini bertujuan merangka satu pelan tindakan ke arah penyelesaian dua negara, termasuk menetapkan garis panduan untuk penubuhan negara Palestin.

Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
July 29, 2025