Pegawai PBB: Pekerja Kemanusiaan Gaza Terancam
"Operasi kemanusiaan di Gaza berulang kali menjadi sasaran," Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric memberitahu pihak wartawan baru-baru ini.
"Sejujurnya, risikonya semakin tidak terkawal."
Beliau turut menjelaskan bahawa Ketua Keselamatan dan Keamanan PBB telah bertemu dengan cawangan tentera Israel yang bertanggungjawab untuk pemindahan bantuan, COGAT pada Isnin untuk membincangkan kesukaran gerak kerja PBB di Gaza dalam keadaan peperangan yang masih diteruskan.
"Setiap hari, kami menilai situasi dan mencari cara untuk beroperasi dengan selamat, termasuk demi keselamatan kakitangan kami sendiri. Tetapi yang paling penting adalah keselamatan mereka yang menerima bantuan," kata Dujarric. "Setiap hari kami perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada".
Sumber: Al-Jazeera