Lapan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan Israel Knesset menuntut Menteri Pertahanan, Israel Katz, mengarahkan tentera rejim Israel untuk musnahkan semua sumber air dan makanan di Semenanjung Gaza.
Penggubal undang-undang Israel mendakwa operasi tentera rejim Israel gagal mencapai objektif yang ditetapkan.
Walaupun tentera rejim Israel mengepung sepenuhnya Semenanjung Gaza dan mengurangkan bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk tetapi penggubal undang-undang berpendapat bahawa operasi menghalau penduduk utara Gaza ke selatan Gaza tidak dilaksanakan dengan betul.
Anggota Knesset menggesa Israel Katz untuk menilai semula strategi perang. Mereka juga menegaskan bahawa selepas mengepung dan menghalau semua penduduk utara Gaza, tentera rejim Israel harus musnahkan semua sumber air dan makanan di kawasan itu.
Mereka menggesa agar sesiapa sahaja yang berpindah di utara Gaza akan dibunuh tanpa menyerah diri dengan mengibarkan bendera putih.
Mereka berpendapat bahawa operasi jajahan ini tidak seharusnya terhad di utara Gaza sahaja tetapi akan diperluaskan ke kawasan Semenanjung Gaza yang lain.
Sumber: MEMO, Haaretz, Anadolu Ajansi