Sembilan rakyat Palestin dibunuh dan yang lain cedera dalam serangan udara rejim Zionis di bandar Beit Lahia di utara Gaza pada hari Sabtu, lapor media Palestin.
Menurut laporan, dron Israel menyasarkan kawasan orang awam berkumpul di Beit Lahia sebanyak dua kali.
Antara yang terkorban ialah empat wartawan yang membuat liputan secara langsung dan usaha bantuan di kawasan itu. Jenazah mereka dipindahkan ke Hospital Indonesia.
HAMAS berkata bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis di Beit Lahiya pada hari Sabtu adalah peningkatan berbahaya yang mencerminkan sikap tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa.
Dalam satu kenyataan, HAMAS menganggap serangan itu sebagai pengesahan bahawa Israel berniat untuk melanggar perjanjian gencatan senjata dan mensia-siakan sebarang peluang untuk meneruskan gencatan senjata dan penukaran tahanan.
HAMAS menambah bahawa peningkatan dalam jenayah Israel sejak gencatan senjata bermula meletakkan pengantara dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam kedudukan bertanggunggjawab untuk menghentikan jenayah ini.
HAMAS menggesa pengantara untuk mengambil tindakan segera dan menekan penjenayah perang Netanyahu untuk memaksanya melaksanakan syarat-syarat gencatan senjata yang telah dipersetujui.
Sumber: The Palestine Chronicles