Pembebasan pengarah Hospital al-Shifa, Muhammad Abu Salmiya pada hari ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan kabinet menteri Israel.
Menteri Keselamatan rejim Israel, Itamar Ben Gvir menyifatkan pembebasan Abu Salmiya sebagai 'kecuaian' keselamatan.
Benny Gantz pula, ketika mengkritik pembebasan Dr. Mohammed Abu Salmiya, pengarah Hospital al-Shifa berkata: "Kerajaan telah melakukan satu kegagalan operasi, etika dan moral. Sesiapa yang membuat keputusan (membebaskan beliau) tersebut, tidak memiliki kebolehan memimpin dan harus dipecat hari ini."
Sumber: Middle East Eye, Quds News Network