Pemuda Hilang Penglihatan, Hati dan Buah Pinggang Selepas Dibebaskan Israel
Seorang pemuda dari keluarga Abu Mustafa telah dibebaskan oleh rejim Israel di persimpangan Karm Abu Salem, selatan semenanjung Gaza semalam.
Pihak kesihatan bergegas membawa beliau ke hospital dengan menaiki ambulans.
Pemeriksaan perubatan awal mendapati beliau telah kehilangan daya penglihatan. Tidak cukup dengan itu, ada bahagian hati serta buah pinggangnya turut hilang.
Kehilangan organ-organ tersebut masih tidak dapat dikenalpasti, sama ada dicuri atau dikeluarkan melalui pembedahan.
Beliau kini menerima rawatan di Hospital Eropah Gaza.
Sumber: Quds News Network