Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Sebuah kumpulan advokasi veteran Israel, Breaking the Silence mendakwa bahawa penduduk haram Israel telah diberi kebebasan selama beberapa hari berturut-turut untuk membakar perkampungan Palestin di seluruh Tebing Barat. Pada masa yang sama, tentera Israel telah melancarkan operasi besar-besaran di Jenin.

Melalui beberapa hantaran di media sosial, kumpulan itu turut berkongsi rakaman video yang menunjukkan puluhan penduduk haram Israel bertopeng menyerang kampung Palestin, Funduq dan membakar kenderaan. Lebih membimbangkan, sebuah kereta polis Israel dilihat berada di lokasi kejadian tanpa mengambil sebarang tindakan.

Sementara itu, agensi berita Palestin, Wafa melaporkan bahawa tentera Israel telah menghantar bala tentera tambahan ke bandar Jenin dan kem pelarian sekitarnya. Jentolak milik tentera Israel dilaporkan merosakkan jalan-jalan utama, termasuk kawasan berhampiran Hospital Pakar Ibn Sina, pintu masuk Hospital Kerajaan Jenin serta bulatan utama di pintu masuk kem pelarian Jenin.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
January 22, 2025