Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Pendatang haram Israel mendirikan khemah untuk mewujudkan sebuah pos penempatan haram baharu berhampiran Ramallah, Tebing Barat yang dijajah ketika kumpulan pendatang haram lain terus mengepung perkampungan Qusra selama lebih seminggu. 


Menurut wartawan Al Jazeera, pada Ahad lalu, pendatang haram mendirikan khemah di kawasan Wadi Zeytun berhampiran perkampungan Umm Safa dan Burqa, barat laut Ramallah dalam usaha membangunkan sebuah pos penempatan baharu. 


Manakala menurut agensi berita Palestin, WAFA, sekiranya pos penempatan baharu itu berjaya diwujudkan, jumlah pos penempatan yang mengelilingi kedua-dua perkampungan berkenaan akan meningkat kepada enam buah. Dalam masa yang sama, WAFA turut melaporkan pencerobohan pendatang haram Israel di Wadi Zeytun.


Menurut laporan, pendatang haram telah merampas kira-kira 470 daripada 480 hektar tanah di Umm Safa. Sementara itu di Burqa pula, kira-kira 1,000 daripada 1,200 hektar telah dirampas. 


Kawasan Ras al-Ain di perkampungan Qusra, selatan Nablus tidak terkecuali. Pengepungan oleh pendatang haram Israel terhadap tiga keluarga Palestin kini memasuki minggu kedua. Seramai 15 rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak, masih terkepung di kediaman masing-masing.


Sumber: Al-Jazeera

Written by
Admin
Published on
August 17, 2026