Penduduk Gaza Terpaksa Makan Daun Atau Makanan Haiwan
Dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Majlis Pelarian Norway (NRC) terhadap lebih 1,000 buah keluarga Palestin yang dipindahkan ke Rafah setelah Israel melancarkan serangan darat di selatan Gaza pada bulan lepas, mereka mendapati:
- 83% tidak mempunyai akses terhadap makanan.
- 57% tidak mempunyai akses terhadap air bersih.
- Hampir kesemua daripada mereka tiada akses kepada tandas.
- 52% tidak mempunyai tempat perlindungan yang sesuai.
- Secara purata, sembilan orang berkongsi satu tempat perlindungan sementara yang sama.
"Rakyat Palestin di Gaza berdepan dengan kebuluran," kata Setiausaha Agung NRC, Jan Egeland dalam satu hantaran di media sosial.
Egeland berkata keluarga-keluarga di Gaza tidak mempunyai makanan. Kanak-kanak semakin kurus dan penduduk awam terpaksa bergantung kepada daun pokok atau makanan haiwan sebagai pengganti makanan sebenar.
"Kakitangan NRC di Gaza menyaksikan kesan buruk kebuluran di kawasan yang dikepung dan dimusnahkan ini," katanya
Sumber: Al Jazeera