Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Penduduk haram Israel telah menerbitkan sebuah buku kanak-kanak yang mempropagandakan Lubnan sebagai hak milik Israel yang bertujuan untuk menjajah dan menetap di wilayah Lubnan.

Dalam video yang sedang tular di X dan laman media sosial yang lain, seorang bapa penduduk haram Israel dilihat sedang membaca buku kepada anak lelakinya yang masih kecil, bertajuk ‘Alon and Lebanon’. Buku itu berdasarkan kisah fiksyen seorang budak lelaki Israel bernama Alon, yang telah dibesarkan di kibbutz Misgav Am bersempadan dengan Lubnan.

Buku itu dikarang oleh Amos Azariah, pensyarah Universiti Ariel di penempatan haram Tebing Barat, buku itu dilaporkan diterbitkan oleh kumpulan pelampau ‘Uri Tzafon’. Organisasi itu menjadi terkenal sejak beberapa minggu kebelakangan ini kerana menyiarkan iklan untuk penempatan baharu yang didakwanya akan wujud di selatan Lubnan tidak lama lagi.

‘Alon dan Lubnan’ dilaporkan telah dibiayai oleh kumpulan penduduk haram Israel ‘Wake Up North’ untuk menanam benih-benih kerinduan untuk Lubnan pada kanak-kanak kecil, menurut saluran berita Haaretz.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
October 7, 2024