Ketua Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberitahu penduduk Palestin di utara Gaza ketika ini sedang menunggu untuk mati di tengah-tengah peningkatan serangan Israel di kawasan itu.
“Kakitangan kami melaporkan mereka tidak dapat mencari makanan, air atau rawatan perubatan,” Phillippe Lazzarini memberitahu Anadolu Ajansi.
Bau mayat ada di mana-mana kerana mayat dibiarkan bergelimpangan di atas jalan atau di bawah runtuhan. Misi untuk membersihkan mayat atau memberikan bantuan kemanusiaan dihalang.
"Di utara Gaza, orang ramai hanya menunggu untuk mati. Mereka berasa sepi, putus asa dan keseorangan. Mereka hidup dari satu jam ke seterusnya, takut mati pada setiap saat." kata Lazzarini lagi.
Ketua UNRWA merayu gencatan senjata segera untuk membenarkan laluan kemanusiaan selamat bagi keluarga yang ingin meninggalkan utara Gaza. Menurut Kementerian Kesihatan, akibat serangan yang berterusan di utara Gaza, puluhan ribu orang kehilangan makanan dan air. Pada masa yang sama, lebih 600 orang telah dibunuh dan beribu-ribu orang cedera parah sejak serangan bermula pada 5 Oktober 2024 di utara Gaza.
Sumber: Middle East Monitor