Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Jurucakap tentera Israel menyatakan:  

Penduduk Palestin akan dibenarkan kembali ke utara Gaza dengan berjalan kaki melalui Jalan Netzarim dan Jalan al-Rasheed bermula jam 7:00 pagi waktu tempatan (1:00 pm waktu Malaysia).

Pergerakan kenderaan ke utara Gaza akan dibenarkan selepas pemeriksaan melalui Jalan Salahuddin, juga bermula pada jam 7:00 pagi waktu tempatan.  

Dilarang menghampiri sempadan Rafah, Koridor Philadelphi, dan kawasan penempatan tentera kami di Gaza.  

Kami memberi amaran agar tidak melakukan aktiviti berenang, memancing, menyelam, atau memasuki perairan Gaza dalam beberapa hari akan datang.  

Sumber: AJA Palestine

Written by
Admin
Published on
January 27, 2025